Disini saya kongsikan resepi biskut raya mudah yang menggunakan kurang 5 bahan sahaja.
Sangat mudah untuk dibuat dan semestinya sedap!
Jom lihat resepi-resepi di bawah.
1) Biskut Badam Coklat (2 Bahan)
Bahan-bahan:
- Badam cincang
- Coklat masakan / coklat milk (lebih sedap)
Cara-cara:
- Sangai badam (goreng tanpa minyak) hingga masak atau keperangan, kemudian sejukkan seketika.
- Cairkan coklat secara double boiler.
- Satukan coklat yang telah dicairkan bersama badam yang telah disangai tadi, gaul sehingga rata.
- Masukkan ke dalam paper cup. Kemudian masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.
- Kemudian bolehlah simpan ke dalam bekas kedap udara.
- Sedia untuk dimakan.
2) Semperit Susu (3 Bahan)
Bahan-bahan:
- 250 gram butter
- 1 cawan susu pekat manis
- 5 cawan tepung jagung
- Cip coklat untuk hiasan
Cara-cara:
- Satukan butter dengan susu pekat dalam bekas. Kacau sebati menggunakan senduk, tak perlu guna mixer.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga tidak melekat pada tangan. Tak perlu habiskan semua tepung jagung jika doh sudah ok. Jangan bagi doh keras sangat sebab nanti susah nak tekan menggunakan acuan.
- Tekan doh guna acuan semperit dan hiaskan dengan cip coklat di atasnya.
- Bakar dalam oven selama 20-25 minit pada suhu 180C, gunakan api atas bawah.
- Selepas masak, sejukkan seketika. Dan simpan di dalam bekas kedap udara.
- Sedia untuk dihidang.
3) Biskut Jejari Coklat (3 bahan)
Bahan-bahan:
- Biskut jejari
- Coklat masakan Beryls
- Gula manik/badam/nestum
Cara-cara:
- Cairkan coklat masakan menggukana teknik double boiler.
- Celupkan biskut jejari tersebut.
- Taburkan gula manik/badam/nestum.
- Sejukkan.
- Siap!
4) Biskut Arab (5 bahan)
Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak sapi
- 3 sudu gula kastor
- 2 cawan susu tepung
- 3 cawan tepung gandum – diayak
- 1 cawan gula aising
Cara-cara:
- Satukan minyak sapi, gula kastor dan 1 cawan susu tepung. Gaul menggunakan senduk sampai sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga doh lembut dan boleh dibentuk.
- Bentukkan doh secara bulat-bulat.
- Bakar pada suhu 150C selama 10 minit. Selepas masak, sejukkan seketika.
- Selepas sejuk, salutkan biskut ke dalam campuran susu tepung dan gula aising.
- Siap!
5) Biskut Meringue Kisses (3 bahan)
Bahan-bahan:
- 300 gram gula kastor
- 150 gram putih telur
- Pewarna makanan
Cara-cara:
- Gunakan teknik double boiler. Mula-mula campurkan putih telur dan gula di salam satu mangkuk. Kemudian panaskan atas air mendidih secara double boil sehingga gulanya larut. Sentiasa kacau supaya tidak berketul-ketul.
- Masukkan campuran putih telur dan gula yang telah larut tadi ke dalam mixer.
- Pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat. Bila dah jadi meringue, apabila diangkat mixer itu, adunan akan jadi ‘bertanduk’ dan bila diterbalikkan ia tidak akan jatuh ke bawah.
- Lorekkan pewarna menggunakan lidi sate di bahagian bawah piping bag. Terpulang nak guna warna apa atau cara mewarnakannya.
- Masukkan meringue tadi ke dalam piping bag. Dan ‘pipe’ kan meringue mengikut bentuk masing-masing.
- Bakar dalam oven selama 50-60 minit pada suhu 100 darjah celcius.
- Selepas bakar, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
- Siap!