Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Blueberry Cheesecake Yang Gebu Dan Simple

Resepi Blueberry Cheesecake Yang Gebu Dan Simple

Kategori:

Ramai dalam kalangan kita yang suka kan cheesecake. Kalau ada perisa tambahan topping tu lagi sedap. Misalnya strawberry ke coklat ke blueberry ke. Kalau korang suka akan perisa blueberry, korang boleh rujuk resepi blueberry cheesecake yang gebu dan simple ini. Memang sedap.

Resepi Blueberry Cheesecake Yang Gebu Dan Simple

BASE

Bahan-bahan:

  • 110g Butter |di cair kan
  • 200g biskut oreo | guna biskut marie pun boleh

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan biskut yang telah di pecahkan bersama butter dan masukkan ke dalam loyang.
  2. Tekan-tekan dan ketepikan.

FILLING

Bahan-bahan:

  • 500g Cream Cheese
  • 30g butter
  • 100g gula kastor
  • 30g tepung jagung
  • 200ml whipping cream
  • 4 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Mix bahan-bahan filling sampai sebati. Tuangkan dalam loyang yang ada base biskut tadi.
  2. Waterbath( bakar secara kukus letak loyang cheese dalam dulang berisi air panas dan masukkan dalam oven )
  3. Bakar dlm 1jam ,160°c atau bergantung pada oven masing-masing.
  4. lepas sudah masak biarkan dalam 15 minit dalam oven dan dalam keadaan pintu terbuka. Lepas tu baru keluar kan dan sejukkan dalam freezer.

**Topping tu terpulang anda nak buat strawberry, chocolate atau apa-apa sahaja yang korang suka.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Nor Idayu Mohd Said

tags: |