Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bomboloni Confirm Jadi, Hasilnya Sangat Gebu & Sedap! Simpan Dalam Peti Pun Tetap Lembut

Resepi Bomboloni Confirm Jadi, Hasilnya Sangat Gebu & Sedap! Simpan Dalam Peti Pun Tetap Lembut

Kategori: ,,
Resepi Bomboloni Confirm Jadi

Dahulu, roti bomboloni pernah viral dan menjadi kegemaran orang ramai. Dijual dengan pelbagai inti yang menarik, orang ramai sangat menggilakannya.

Malah sekarang, masih ramai yang menyukainya. Oleh itu, kami ingin berkongsi resepi bomboloni confirm jadi ini yang telah diolah oleh Hayati Husin. Sesiapa boleh buat, jom baca resepinya.

Resepi Bomboloni Confirm Jadi, Hasilnya Sangat Gebu & Sedap! Simpan Dalam Peti Pun Tetap Lembut

Bahan-bahan

  • 25 gm gula
  • 90 ml susu segar suam atau air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 240 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil parutan lemon, limau nipis atau oren sunquick
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 50 gm marjerin

Cara penyediaan

  1. Satukan yis, gula dan susu dalam mangkuk. Biarkan 10 minit atau sehingga kembang.
  2. Satukan telur, tepung gandum, parutan lemon, garam, marjerin dan campuran yis yang telah kembang dalam mixer. Pukul sehingga doh menjadi elastik (tak melekat pada mixer bowl) nak uli guna tangan pun boleh. Guna breadmaker pun boleh. Kalau rasa adunan tu lembik masa uli tangan, tambah tepung gandum sikit-sikit.
  3. Peram doh selama 2 jam. Selepas 2 jam, tumbuk-tumbuk doh. Tutup doh dengan plastik dan letakkan dalam chiller peti ais lebih kurang 16 jam.
  4. Selepas 16 jam, keluarkan doh dari peti ais, rehatkan doh sekejap dalam 5 minit. Bulatkan doh kecil-kecil lebih kurang 35 gm. Bulatkan doh comel-comel, selepas itu peram lagi doh selama 2 jam.
  5. Boleh doh dani dua kali ganda (lebih kurang 2 jam) boleh la terus goreng. Masa goreng tu jangan selalu balik-balikkan. Nanti donut jadi saggy, cukup goreng selama 2 hingga 3 minit setiap sisi. Lagi satu jangan goreng banyak sekali gus nanti akan ganggu suhu minyak panas tu dan akan menyebabkan donut sangat-sangat berminyak belah dalam. Api goreng perlahan je tapi pastikan minyak betul-betul panas terlebih dahulu.
  6. Bila donut dah sejuk, boleh la sumbat inti kegemaran masing-masing. Resepi Bomboloni Confirm Jadi Resepi Bomboloni Confirm Jadi Resepi Bomboloni Confirm Jadi

Dah siap bomboloni ini. Macam-macam inti yang korang boleh cuba dengan resepi ini, mana satu pilihan korang? Kalau nak tahu, bomboloni ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan kemudian. Confirm masih sedap!

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Hayati Husin

Baca Juga: Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!

tags: |