Resepi ini dikongsi oleh Siti Saleha di laman Facebook menerusi group MAHN. Walaupun kebanyakkan orang menjadikan bubur candil ini sebagai menu minum petang. Tetapi tidak pula oleh wanita ini, dia menjadikan menu ini sebagai dessert malam.
Bubur ini sangat sesuai untuk dijadikan hidangan kepada kanak-kanak kerana warnanya yang ceria.
BAHAN – BAHAN :
Bahan Adunan :
- Tepung pulut | 2 Cawan
- 1 Cawan air | Kalau rasa keras tambah air sikit-sikit
- Garam secukup rasa
- Pewarna
Bahan Kuah Santan :
- 1 kotak santan
- 1 Ketul gula melaka
- Air secukupnya
- Gula pasir
- Garam
- Daun pandan |Simpulkan
CARA PENYEDIAAN :
- Uli tepung pulut bersama sdikit garam dan air hingga lembut dan tidak mlekat ditangan
- Bahagikan kepada beberapa bahagian,letak pewarna disukai.
- Bulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai dan rebus sehingga timbul.
- Apabila sudah timbul angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. (supaya tak melekat).
Kuah Santan :
- Panaskan santan dan air (menggunakan api yang kecil)
- Masukkan daun pandan.
- Apabila sudah berasap, masukkan gula melaka dan gula pasir.
- Apabila sudah mendidih masukkan tepung yang sudah dibentuk tadi.
- Kacau selama 10 minit. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Kalau bosan duduk dekat rumah musim sekarang ni. Tambahan pula kalau anak-anak suka makanan yang berwarna warni seperti ini. Bolehlah cuba resepi ini.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber rujukan : Facebook MAHN