Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bubur Rolled Oat ‘Diet’, Rasa Macam Bubur Ayam McD Padahal Tak Guna Nasi Pun!

Resepi Bubur Rolled Oat ‘Diet’, Rasa Macam Bubur Ayam McD Padahal Tak Guna Nasi Pun!

Kategori:
bubur-rolled-oat

Rolled Oat biasanya dibuat overnight oat makan dengan buah ataupun dibuat smoothies. Rupanya rolled oat boleh dimakan dengan pelbagai cara bergantung pada individu. Namun ada juga yang membuat bubur menggunakan rolled oat ini. Rasa sebijik sama macam bubur ayam McD katanya. Nak cuba? Ikuti resepi lengkap bubur rolled oat di bawah.

Resepi Bubur Rolled Oat ‘Diet’, Rasa Macam Bubur Ayam McD Padahal Tak Guna Nasi Pun!

Bahan-bahan:

  • 3-4 sudu besar rolled oat. Cuci/bilas dan toskan.
  • Bawang holand, halia, bawang putih (hiris)
  • Isi ayam dicincang
  • Carrot potong dadu
  • Brokoli hiris nipis
  • Perisa : garam bukit, white pepper @blackpeper
  • Hiasan: daun bawang, cili merah

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu besar olive oil, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
  2. Bila dan naik bau, masukkan ayam.
  3. Bila ayam dah separuh masak, masukkan rolled oat dan kacau rata.
  4. Masukkan air mengikut banyak mana yang kita mahu dan masukkan carrot.
  5. Bila oat dah kembang, perisakan dengan garam bukit dan white pepper (blackpepper jika suka).
  6. Masukkan brokoli dan tunggu sehingga masak.
  7. Hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
  8. Siap!

Kredit: Nurha Muhammad

tags: