Butter cheese cake memang sesuai dihidangkan bersama kopi atau teh. Ia hidangan sempurna yang menggabungkan rasa sebati. Dengan rasa berkrim dan berlemak, disulam pula dengan tegukan teh atau kopi, memang kenalah!
Bagi korang yang nak buat dekat rumah pun boleh. Senang sahaja tau caranya. Ikuti perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad ini. Dengan menggunakan bahan yang simple, korang boleh dapatkan sebiji cheese cake yang terlajal enak ni.
Resepi Butter Cheese Cake Terlajak Enak, Guna Tepung Superfine Lagi Sedap Rasanya
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur gred A
- 250 gram butter
- 250 gram cream cheese
- 200 gram gula
- 210 gram tepung superfine (diayak dengan baking powder)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1+1/2 sudu kecil baking powder
- 80ml susu segar
Cara Penyediaan:
- Campurkan gulla, butter dan cream cheese hingga putih/gebu.
- Masukkan telur satu persatu dan mix sebati.
- Masukkan esen vanilla dan sambung mix. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 160 celciius selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah.
- Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.
- Potong masa kek dah sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi sedap tau. Selamat mencuba.
Nota:
- Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
- Cream cheese letak dalam 150 gram pun okay dah. Tapi kalau nak letak 250 gram, sedap la lagi.
- Masa 1 jam tu cadangan sahaja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau takda adunan lekat, masak dah tu.
- Takda tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah bakiing powder juga. Tapi sedap lagi tepung superfine.
Dah siap kita punya butter cheese cake ni tau. Bolehlah hidang kepada tetamu ataupun jadikan hadiah pada keluarga, rakan atau kenalan. Buat minum petang atau raikan dengan majlis keraian, memang sesuai! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba dan menikmati ya!
Sumber: Khairunnisa Mohammad
Baca juga: Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!