Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Cake Red Velvet Kukus

Indonesian Cuisine: Resepi Cake Red Velvet Kukus

Kategori: ,
Resepi Cake Red Velvet Kukus

Pada post kali ini kami akan kongsikan dengan anda Resepi Cake Red Velvet Kukus. Resepi yang sangat senang dan bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi.

Resepi ini sangat sesuai untuk disajikan semasa majlis-majlis ringkas atau majlis-majlis utama sebagai pencuci mulut. Yang pastinya anak-anak anda pasti menyukainya.

Resepi Cake Red Velvet Kukus

 

Resepi Cake Red Velvet Kukus

Bahan diperlukan:

  • 75gram tepung terigu serbaguna (pro sedang)
  • 75gram gula pasir
  • 2 butir telur
  • 1 sdt air lemon
  • 1 sachet susu bubuk (27gram)
  • 1/4 sdt vanilla
  • 1/4 sdt garam
  • 1/2 sdt SP
  • 7 sdm susu cair
  • 75gram margarin dicairkan
  • 1 sdm coklat bubuk
  • Pewarna makanan

Topping:

  • Butter cream
  • Keju
  • Irisan strawberry

 

Cara-cara Memasak:

  1. Mixerkan telur bersama gula pasir, SP,dan vanilli sehingga menjadi putih dan gebu. Kemudian masukkan tepung terigu yang diayak supaya tidak ada tepung yang berketul.
  2. Masukkan susu bubuk, garam dan coklat bubuk dan mixerkan supaya sekata. Kemudian masukkan susu cair dan jus perahan lemon.
  3. Kemudian gaulkan sehingga betul-betul sebati. Masukkan marjerin yang sudah dicairkan dan gaulkan sehingga sebati supaya tidak ada marjerin yang mendap.
  4. Masukkan pewarna makanan merah, mengikut citarasa untuk gelap atau cerah. Gaulkan sebati.
  5. Masukkan separuh adunan kedalam loyang yang dioelskan dengan marjerin. Kukuskan selama 7 minit(ulang langah ini untuk yang kedua).
  6. Kemudian oleskan butter cream diatas lapis pertama kek. Kemudian letakkan satu lapisan diatas dan ulang sehingga habis lapisan kek.
  7. Diatas sekali, letakkan cheese yang sudah diparut mengikut selera banyak atau sedikit. Kemudian letakkan irisan strawberi. Siap untuk dihidangkan.

 

 

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |