Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

Resipi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

Kategori: ,
capati guna tepung gandum

Kebiasaannya, capati yang kita makan di kedai mamak ni dibuat dari tepung attar. Tapi sebenarnya, kita boleh buat sendiri capati tanpa tepung attar dengan menggantikan tepung gandum.

Tambah pula, guna tepung gandum ni rasanya juga menarik. Kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap dicicah dengan kuah pilihan masing-masing. Bahannya pun ringkas sahaja.

Resipi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin pelangi
  • 1 sudu kecil gara,
  • 1 1/2 cawan air panas mendidih
  • tepung untuk dusting

Cara Penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
  2. Masukkan air panas mendidih, dan kacau guna senduk. Kemudian, uli jadi doh. Canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat.
  3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap!
  4. Selamat mencuba!

capati guna tepung gandum capati guna tepung gandum capati guna tepung gandum capati guna tepung gandum

Ringkas dan mudah sangat kan resepi capati guna tepung gandum ni. Capat ni rasanya sedap sebab 2 dalam 1. Roti canai + capati. Cubalah, mudah dan menyihatkan sebab tak guna minyak.

Anak-anak makan 2-3 keping sorang cicah susu atau gula, makan dengan sambal bilis pun padu.

Semoga perkongsian capati guna tepung gandum ini bermanfaat! Selamat mencuba semuanya!

Baca juga: Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!

tags: | |