Cek Mek atau juga dikenali dengan nama Cek Mek Molek atau pun Mek Comel merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang berasaskan ubi keledek. Kuih tradisional Cek Mek ini amat popular di Kelantan dan juga Terengganu. Cara nak menyediakan kuih ini sangatlah mudah cuma ada beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian agar Cek Mek yang dibuat sedap. Rangup di luar dan lembut di dalam.
Nak cuba buat kuih tradisional yang cukup popular ini? Kalau nak jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan pastinya sangat enak dan menyelerakan!
Cara Buat Cek Mek Molek Yang Rangup Dan Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 1 Kg ubi keledek
- 1 sdt garam
- 1 sdm marjerin
- 2 cawan tepung gandum
- Sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula rebus ubi keledek bersama dengan garam sehingga empuk. (potong dulu sebelum rebus).
- Angkat dan toskan air, masa tengah panas tu terus masukkan marjerin.
- Kemudian lenyek-lenyekkan guna gelas kaca atau apa-apa asalkan lumat.
- Apabila dah lenyek macam ni, masukkan tepung gandum. Tepung gandum tu jangan penuh menimbung untuk sukatan 2 cawan tu.
- Ulikan sampai rata dan jadi doh macam ni. Doh tu memang akan melekat dengan tangan.
- Lepastu ambil sedikit minyak, celupkan jari dalam minyak dan bentukkan. Ambil sebesar bola golf, lepastu lenyek leper dan masukkan gila.
- Sebelum bentukkan doh, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu. Sebab apabila dah siap bentuk terus campak je dalam kuali.
- Goreng sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Cek Mek Molek ini? Nak buat yang sedap dan menjadi bukanlah sesuatu yang sukar dan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kalau anda nak mudah bolehlah ikuti perkongsian resepi di atas ini. Yang penting jangan derhaka resepi ya!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Norfaezah Hashim