Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Peniaga Dedah Resepi & Petua Cempedak Goreng Turun Temurun Dari Keluarga. Garing, Rangup & Tak Berminyak!

Jannah by Jannah
April 22, 2022
in Resepi, Tips Makanan
2 min read
0 0
0
cempedak goreng
0
SHARES
352
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila tiba musim cempedak pasti rata-rata rakyat Malaysia suka makan cempedak goreng kan. Sebab rasanya lebih enak. Lebih-lebih lagi kalau buah cempedak tu dah masak ranum. Dekat tepi jalan pun banyak gerai-gerai yang menjual cempedak goreng ini.

BacaJuga

thumnail cempedak butter cake

Wanita Ini Kongsi Resepi Cempedak Butter Cake Yang Gebu & Moist, Memang Puas Hati!

September 18, 2021
9
buah cempedak

Selalu Dapat Isi Yang Sikit? Ikut Tips Ini Untuk Dapat Buah Cempedak Yang Bagus, Manis Dan Banyak Isi!

Ogos 17, 2021
18

Namun begitu, harganya yang mahal kadang kala membuatkan orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai berfikir dua kali untuk membelinya. Jadi apa kata buat sendiri je cempedak goreng ini. Boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Ahmad Sukri Amiruddin ini.

Resepi yang dikongsikan olehnya ini akan membuatkan cempedak goreng anda lebih sedap. Garing, rangup serta tidak berminyak. Dalam masa yang sama, dia juga berkongsi petua agar cempedak yang digoreng lebih sedap.

Cara Buat Bancuhan Cempedak Goreng Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Cempedak (lebih sedap cempedak madu)
  • 1 paket tepung beras – untuk sebiji cempedak
  • Marjerin / minyak 3 sudu
  • Air kapur makan 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air suam
  • Kunyit 1 sudu kecil

Cara Penyediaan:

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga pekat. Jangan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

Petua:

  1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
  2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
  3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
  4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
  5. Cari buah cempedak yang berat. Itu tandanya isi banyak.

Mudah je kan nak buat Cempedak Goreng yang rangup dan sedap? Ikut je resepi yang dikongsikan oleh peniaga ini. Resepi turun temurun tau. Memang rugi kalau tak cuba. Dan apa yang lebih penting, resepi ini tidak menggunakan soda bikarbonat. Jom goreng petang nanti!

Selamat mencuba!

Kredit: Ahmad Shukri Amiruddin Via SMAHI

Baca juga: Cempedak Goreng Masih Lagi Rangup & Sedap Walaupun Dah Sejuk, Ini Tipsnya Yang Mudah!

0/5 (0 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Premium WordPress Themes Download
Download Nulled WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download lava firmware
Tags: buah cempedakcempedakCempedak Gorengtips pilih buah cempedak
ShareTweetSend

Related Posts

petua sambal belacan
Info

4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Mei 24, 2022
99
DENDENG DAGING ASLI PADANG
Masak Apa Hari Ini?

Ini Cara Buat Dendeng Daging Asli Padang, Serius Sedap! Guna Periuk Noxxa Untuk Lebih Mudah

Mei 24, 2022
4
nasi tomato
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

Mei 24, 2022
324
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist