Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap

“Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap

Kategori: ,

Bila anak-anak pesan nak makan, mesti kita yang mak-mak ni rasa semangat berkobar-kobar untuk memasak untuk mereka.

Mak-mak ni, bila pesan mesti mula-mula cakap tak nak buat. Tapi bila kita bangun tidur sahaja, mesti makanan tersebut sudah terhidang di atas meja. Ini adalah salah satu menu yang sedap iaitu Cendawan Gunting Melenting Goreng.

“Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap

Resepi ini dikongsikan di Facebook FuZza Nisa dan mendapat share yang banyak daripada netizen kerana jarang cendawan ini digoreng menggunakan tepung.

Cendawan Gunting Melenting Goreng

Bahan-Bahan:

  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Serbuk Lada hitam
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Pati ayam (optional)
  • Air

Cara Penyediaanya:

  1. Cuci dan toskan cendawan. Lebih bagus selepas itu lap pakai tisu, sebab kita nak cendawan itu kering.
  2. Bancuh adunan tepung dengan campur semua bahan diatas. Jangan terlampau cair.
  3. Celup cendawan dalam tepung.
  4. Goreng dalam minyak yang panas.
  5. Lepas dah goreng jangan lupa gunting cendawan tu ya. Masa gunting tu nanti cendawan melenting-lenting, barulah namanya cendawan gunting melenting

Cendawan Gunting Melenting Goreng

Diharap perkongsian resepi ini, dapat mengurangkan pemikiran anda untuk tidak tahu masak apa untuk anak-anak.

Selamat Mencuba!

Kredit: FuZza Nisa

Baca Juga: Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sedap Kongsi Dengan Anak-Anak Untuk Minum Petang

tags: |