Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Char Kuey Teow Mudah & Lazat

Resepi Char Kuey Teow Mudah & Lazat

Kategori:
resepi char kuey teow

Pada post kali ini saya ingin kongsikan resepi char kuey teow. Saya pasti diluar sana ramai penggemar char kuey teow. Lepas ini boleh cuba buat dirumah untuk hidangan sekeluarga.

Bahan-bahan diperlukan:

Untuk membuat paste :

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis atau pati udang
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Bahan mee :

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai dan taugeh
  • 2 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Cara membuat pes- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat dan ditoskan. Air rebusan jangan buang.
  2. Campurkan semua bahan paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi pes yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk.
  3. Cara untuk mee pula, tumis lada boh hingga garing. Masukkan 4 sudu besar pes tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi bersama kerang. Jika ingin lebih berkuah, letak sedikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Setelah air mendidih, masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Nota: Pes ini selalu diguna untuk meniaga, jadi udang yang direbus memang digunakan. Tapi untuk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus dengan udang pun boleh tapi perlu tambah 1 sudu petis.

tags: |