Jom cuba resepi cheese leleh pandan besen oleh Azlina Ina ini. Memang sedap yakmat! Resepi oleh beliau memang tidak pernah mengecewakan, ramai dah cuba memang menjadi.
Resepi ‘Cheese Leleh Pandan Besen’ Azlina Ina
Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 1 sb ovalate
- 1 cawan gula 200/220g – ikut manis korang
- 1 sb emulco coconut pandan
- 1 sb pewarna pandan apple green
- 2 cawan tepung gandum(220g)
- 1 sk bking pwder
- 1/2 soda bikabnat
- 1/2-1 sk cream of tartar
- 1/2 cawan minyak (100-150g)
Cara-cara:
- Satukan telur, ovalate, gula, emulco coconut pandan dan pewarna apple green. Mix sehingga kembang dan gebu.
- Ayakkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar.
- Bila bahan mix tadi dah kembang, masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan minyak.
- Panaskan mengukus sehingga betul-betul panas. Masukkan adunan ke dalam bekas besen sq 3000.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
- Boleh juga guna bekas kecil, masukkan adunan ke dalam 1/4 sq 450, kukus selama 10 minit.
Bahan topping:
- 500g cream cheese dairy land tatura
- 1/2 tin susu pekat dairy champ
- 250g whipping dairy( 1 cawan) royal victoria
- 375g (1 1/2 cawan) susu segar dutch lady
- Cheese cheddar jenama beqa
Cara-cara:
- Blend semua bahan sehingga sebati.
- Cucukkan kek menggunkan garfu dan baru tuangkan adunan topping tadi.
- Kemudian parutkan cheddar ke atas kek dan taburkan crumble yang dipecah-pecah dari kek.
- Sejukkan dalam peti sebelum dimakan.
Kredit: Nuyu Khairiyah