Bagi anda penggemar brownies anda boleh cuba buat cheesecake brownies yang penuh bercoklat dan bercheese ini. Asyik makan brownies coklat biasa je kan, buatlah yang bercheese pula ni. Memang lain dari yang lain. Brownies cheesecake ini penuh rasa fudgy dan moist. Confirm meleleh air mata sebab sedap sangat. Kalau anda sukakan rasa yang premium, anda boleh guna bahan yang premium, maknanya lebih mahal lah. Tapi kalau gunakan bahan-bahan yang murah pun masih lagi sedap rasanya.
BAHAN-BAHAN
Bahan Adunan Brownies:
- 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
- 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
- 150g (3/4 cawan) gula perang
- 2 biji telur
- 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan Adunan Cheese:
- 1 biji telur
- 225g (1 cawan) cream cheese
- 50g (1/4 cawan) gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
Adunan Cheesecake:
- Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
- Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Adunan Brownies:
- Panaskan oven pada suhu 160 C. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
- Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
- Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
- Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
- Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
- Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek ‘set’ di bahagian tengah.
- Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Che Nom