Dah lama tak masak? Anda gatal tangan nak masak? Jomlah buat cheesekut leleh banjir ni sebagai pencuci mulut. Makan waktu petang memang menjadi sangat. Selain itu anda boleh juga buat untuk jamuan makan ramai-ramai. Rasanya yang manis, berlemak dan berkrim pasti mengembirakan hati si pemakan.
BAHAN BAHAN :
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- 250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
CARA PENYEDIAAN:
- Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.
- Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
- Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
- Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
- Seterusnya, taburkan serbuk milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
- Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!
- Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.
- Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Tun Natasya