Mudah sangat nak buat cheesekut leleh ni. Hanya perlu 4 bahan mudah, pertama kali buat pun pasti menjadi! Jom cuba resepi cheesekut leleh perkongsian oleh Tun Natasya Farhan ini.
Resepi Cheesekut Leleh Guna 4 Bahan Mudah
Bahan-bahan:
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- 250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
Cara-cara:
- Kisar Bahan
Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.
- Rendamkan Biskut
Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
- Lapis-lapiskan
-Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
-Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
- Letak Topping
Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
- Sejukkan
-Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!
-Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.
-Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.
Selamat mencuba!
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/dailymakan