Cheesy Chicken Pocket merupakan hidangan yang sangat mudah untuk disediakan. Ia merupakan roti yang diisi dengan inti dan cheese mozarella. Kalau anak-anak cuba pasti mereka suka punya. Bukan setakat anak-anak yang suka, dengan mak ayah sekali suka.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi Cheesy Chicken Pocket dari Noor Hasliana Hashim ini. Caranya memang sangat mudah dan pasti ianya sangat sedap. Ramai sangat yang teruja nak buat ni tau.
Cara Buat Cheesy Chicken Pocket Yang Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
- 1/2 biji bwg holland (potong dadu)
- 2 biji bwg putih (dicincang halus)
- 1/2 biji capsicum/lobak merah
- 2 isi dada ayam (dicincang halus)
- 1 sk serbuk cili
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1/2 sk cili kisar kasar
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk garam
- 1/2 sk gula
- 1 sb sos cili
- 1 sb sos tomato
- 2 sb mayonaise
- Keju mozarella
- Roti putih
Cara Penyediaan:
- Tumiskan bawang holland dan putih dengan sedikit minyak sehingga keperangan.
- Masukkan capsicum. Masak sehingga agak layu.
- Masukkan isi ayam. Tumis sehingga masak.
- Masukkan campuran serbuk. Kacau rata.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
- Perasakan inti ayam dengan garam dan gula. Kacau sebati.
- Tutup api dan masukkan mayonaise. Kacau sehingga sebati.
- Potong bahagian tepi roti dan lenyekkan roti.
- Masukkan inti ayam dan keju.
- Letakkan air sekeliling roti. Lipat 2 roti dan lekatkan bucu roti.
- Salutkan roti dengan telur dan serbuk roti.
- Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Cheesy Chicken Pocket ini. Nampak luar biasa sedap ni. Ada cheese ada inti ayam memang padu sungguh. Rugi kalau tak cuba tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Ayuh kita cuba buat sekarang!
Kredit: Noor Hasliana Hashim Via MAHN
Baca juga: Ini Dia Resepi Mudah Cheesy Chicken Ball Yang Penuh Berkrim Dan Juicy, Sekali Hidang Terus Licin Di Sapu Anak-Anak!