Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Chicken Chop Homemade Sedap Sangat Rasanya, Boleh Setaraf Dengan Restoran Mahal

Resepi Chicken Chop Homemade Sedap Sangat Rasanya, Boleh Setaraf Dengan Restoran Mahal

Kategori:
resepi chicken chop

Ini dia resepi chicken chop homemade yang sedap sangat. Rasa dia boleh setaraf dengan restoran mahal tau. Jadi tak perlu lah membazirkan duit pergi restoran mahal sedangkan dekat rumah pun boleh buat chicken chop ini. Sos chicken chop ini adalah sos perang dan memang sangat sesuai untuk yang bukan penggemar sos blackpeper(rasa blackpepper kuat sangat) tu.

RESEPI AYAM:

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram ( sy ganti ngn sos bbq)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
  • 1 sudu besar madu

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna microwave oven je lebih mudah!

RESEPI SOS PERANG

Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 3 sudu besar sos tiram ( tp sy ganti dgn bbq sos sebab sy elergik sos tiram)
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Kalau rase tak cukup pekat boleh la tambah lagi bancuhan tepung gandum.
  4. Boleh di angkat dan dihidangkan. Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalo nak.
  5. Hidanglah chicken chop dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!

RESEPI COLESLAW

Bahan-Bahan:

  • Kubis potong halus
  • Lobak disagat
  • Mayonis secukupnye
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Campur dan gaul sebati semua bahan dan sesuaikan rasa.
  2. Simpan dlm peti sejuk sebelum hidang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hanizah Anizu

tags: |