Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Ala Chicken Grill SENANG Yang Amat, Sekali Buat ‘Confirm’ Menjadi

Resepi Ala Chicken Grill SENANG Yang Amat, Sekali Buat ‘Confirm’ Menjadi

Kategori: ,

Resepi ala chicken grill. Senang je nak buat. Rasa dia memang sama dengan chicken grill yang dekat kedai tu. Kepada yang tak pernah buat pun, boleh cuba buat menggunakan resepi ini. Buat sendiri chicken grill ini sebenarnya lebih berpuas hati. Boleh makan sebanyak mungkin sehingga puas. Sedap pun sedap.

RESEPI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam sebelah
  • 2 sudu mix herbs
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu besar lada hitam..tumbuk
  • Gula dan garam secukup rase

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar (yang besar kalu kecil amik 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 kiub ayam knorr

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaul ayam dengan semua bahan blend dan segala jenis sos.
  2. Perap semalaman supaya lebih sedap
  3. Bakar pada suhu 180c selama 1jam atau ikut kepanasan oven masing2.

Kredit Masao Azuma‎

RESEPI SOS

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 Sudu planta
  • 1 ulas bawang putih |tumbuk halus
  • 1 tin sos spageit keju prego (botol kuning)
  • 1/2 sudip kicap
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam |kisar
  • 3/4 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan Planta dalam api kecil sahaja.
  2. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos spageti prego. Tambahkan air 1 tin.
  4. Tambahkan kicap. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
  5. Masukkan lada hitam kisar dan gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) .
  6. Kacau sebati.
  7. Tutup api setelah semua rasa sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Afy Al Habibi

tags: |