Hidangan ayam yang sangat lazat ini bukan sahaja rasanya sedap. Tetapi sangat mudah untuk dibuat juga. Ini sesuai sangat sesuai makan bersama nasi yang panas.
Resepi Chicken Paratal ini sangat mudah untuk dibuat apatah lagi menggunakan ayam-ayam kecil.
Hidangan Ayam Panggang Lazat, Ini Resepi Chicken Paratal Mudah & Tak Perlu Gunakan Bahan Yang Banyak Untuk Siapkan. Jom Cuba!
Resepi Chicken Paratal ini dikongsikan oleh Sheena Supramaniam di Facebook Page Aneka Resepi untuk anda. Melalui perkongsian resepi tersebut, mudah sahaja dan dapat masakkan resepi baharu kepada keluarga anda.
Bahan-Bahan:
- Ayam – dipotong kecil
- Sebiji tomato
- Daun kari sikit
- Daun ketumbar (pilihan)
- 5 biji bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
- 2 halia saiz ibu jari
- 1 batang kayu manis
- 5 buah pelaga
- 2 bunga lawang
- 1/2 sudu besar jintan manis
- 2 1/2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
- 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam
Cara Penyediaannya::
- Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
- Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- Kacau sebati dan masukkan buah tomato.
- Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.
- Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.
- Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.
- Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.
Mudah bukan? Sekali sekala ubah selera hidangan tradisi bangsa lain apa salahnya. Selamat Mencuba!
Kredit: Sheena Supramaniam di Facebook Page Aneka Resepi
Baca Juga: Resepi Thai Bread Creamy Chicken, Rasa Berlemak Seadanya. Kena Ikut Cara Buat Macam Ni Baru Ngam!