Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Chocolava Cake Tanpa Oven

Indonesian Cuisine: Resepi Chocolava Cake Tanpa Oven

Kategori: ,

Hurmm.. Nak masak apa agaknya hari ini. Apa kata kita cuba buat manisan pula. Hari ini kita akan cuba buat resepi chocolava cake tanpa oven. Siapa yang nak cuba jom kita ikuti resepi di bawah ini.

Bahan yang diperlukan:

  • 3sdm tepung terigu pro sedang
  • 2 sdm gula pasir
  • 2 butir telur dan 1 sechet SKM coklat
  • 2 sdm margarin
  • 60gram coklat dcc dan garam 1/4 sdt
  • 2 sdm coklat bubuk

Topping :

  • Gula halus secukupnya

Cara-cara membuat chocolava cake:

  1. Cairkan coklat masakan bersama margerin(double boiling)
  2. Apabila coklat telah cair angkat dan sejukkan dahulu
  3. Didalam bekas lain pecahkan telur dan masukkan gula pasir
  4. Kacau sehingga sebati
  5. Masukkan tepung terigu dan coklat bubuk serta garam secara diayak
  6. Kacau hingga rata
  7. Masukkan susu kental manis
  8. Masukkan bahan yang telah dicairkan tadi
  9. Kacau sehingga rata
  10. Masukkan adunan ke dalam jug untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam bekasnya
  11. Tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam jug
  12. Masukkan ke dalam bekas yang telah dioleskan margerin
  13. Kukus selama 8 minit
  14. Hiaskan permukaannya dengan gula halus atau mengikut cita rasa sendiri

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | |