Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Colek Buah’ Paling Ringkas Guna 6 Bahan Je Tapi Sedap Sangat, Kalau Makan Habis Putih Berseri Pinggan Di Sapunya

Resepi ‘Colek Buah’ Paling Ringkas Guna 6 Bahan Je Tapi Sedap Sangat, Kalau Makan Habis Putih Berseri Pinggan Di Sapunya

Kategori: ,
resepi colek buah ringkas dan sedap

Resepi colek buah yang ringkas tetapi sedap. Guna 6 bahan je tapi rasa dia padu sangat kalau makan ni confirm putih berseri pinggan di sapu. Sesuai sangat makan sambil berkumpul dengan adik beradik bawah pokok. Sambil makan sambil bercerita kisah lama atau kisah di waktu kecil. Memang asyik lah, jadi jom kita sama-sama sediakan colek buah yang sedap ini. Makan dengan apa-apa pun boleh sama ada pauh ringan, jambu dan sebagainya.

Resepi ‘Colek Buah’ Paling Ringkas Guna 6 Bahan Je Tapi Sedap Sangat, Kalau Makan Habis Putih Berseri Pinggan Di Sapunya

BAHAN-BAHAN:

  • Kicap
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Nissan/gula melaka
  • limau nipis
  • Cili padi berapi
  • Gula kalau terpedas

*sukatan ikut suka tekak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbuk semua dalam lesung.
  2. Dah lumat tambah kicap & perah asam limau.
  3. Gelek-gelek lesung / kacau dengan sudu sampai sebati.
  4. Siap! Nyicahhh la sampai sakit perut.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Farah Iqlima‎

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Colek Buah Gula Melaka Yang Simple Tetapi Amat Sedap!

tags: