Entri kali ini berkenaan dengan resepi atau cara membuat colek buah gula melaka yang dikongsi oleh seorang lelaki di laman facebook. Colek yang disediakan olehnya sangat ringkas tetapi amat menyelerakan dan sememangnya sedap. Bagi anda yang tengah mengidam dan nak colek buah yang lain daripada yang lain. Anda boleh cuba cara kat bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
- Pelam (Mangga)
- Nisan Kerek (Gula Melaka)
- Belacan
- Lada jarum
- Garam
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan kesemua bahan-bahan tersebut dan tumbuk kesemua bahan-bahan tersebut dalam lesung batu hingga lumat.
- Kemudian letak satu sudu besar cuka dan gaul hingga ianya sebati.
- Dah siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Kelantanase