Siapa je yang tak kenal cookies ni kan? Yang paling popular apabila Hari Raya menjelma. Sekali makan memang tak boleh nak berhenti. Tahu-tahu dah habis 1 balang.
Cookies ni bukan laku masa Hari Raya je sebenarnya. Hari biasa pun best juga makan time nonton movie ke kan ?
Jom ikuti resepi yang sangat senang ni. Hasilnya dijamin puas hati. Rasa rangup, manisnya yang sedang-sedang dan ada juga rasa pahit-pahit coklat cip yang lazat !

Bahan-bahan:
- ½ cawan badam cincang
- ½ cawan coklat cip
Bahan A
- ¼ cawan gula kastor
- ½ cawan gula perang
- ½ cawan mentega
- ½ cawan minyak jagung
- ¼ sudu kecil garam
- ½ sudu besar susu tepung
- ½ sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk koko (kalau nak lagi pahit tambah lagi)
- ½ sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil cream of tartar
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
- Gaulkan Bahan A sehingga sebati dan sisihkan
- Ayakkan semua bahan B.
- Masukkan bahan B yang telah diayak sikit demi sedikit ke dalam bahan A dan gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan badam yang telah dicincang dan coklat cip ke dalam doh dan gaulkan semua bahan sehingga sebati. Doh biskut siap!

- Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
- Scoop doh dan susun diatas Loyang pembakan(tak perlu sapu mentega pada loyang)
- Jarakkan doh dan jangan scoop terlalu banyak kerana doh akan mengembang sekali ganda selepas siap dibakar.
- Bakar doh pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
- Setelah siap dibakar sejukkan sekejap dan sedia untuk disusun dalam balang kuih raya atau boleh dimakan!

Taddaaaaaaaaaa selamat mencuba! 🙂
Untuk maklumat lebih lanjut sila tonton video dari PrincessYanti dibawah.
Kredit: PrincessYanti