Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Creamy Cheesy Popia Carbonara. Rangup, Sedap & Mudah!

Cara Buat Creamy Cheesy Popia Carbonara. Rangup, Sedap & Mudah!

Kategori:
Creamy Cheesy Popia Carbonara

Mungkin ramai yang mula kembali bekerja dari rumah disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara kita dan kes yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Sekolah juga terpaksa ditutup dan anak-anak asyik rasa lapar bila asyik duduk rumah. Apa kata jom buat Creamy Cheesy Popia Carbonara ini. Buat banyak-banyak, letak dalam peti dan boleh digoreng bila-bila masa sahaja.

Cara Buat Creamy Cheesy Popia Carbonara. Rangup, Sedap & Mudah!

Bahan-bahan:

  • Sedikit butter/ marjerin
  • 1 tin sos carbonara prego / any brand
  • 6 batang sosej dipotong dadu
  • Isi ayam/ ayam cincang/ daging cincang
  • 1/2 bawang holland*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 batang carrot*
  • 3 keping cheese / kalau ada mozarella cheese pun ok
  • 2sdb tepung gandum yang dibancuh dengan air
  • Sedikit susu segar, kalau tak ada guna 2sdb susu tepung fullcream nespray/ everyday
  • Sedikit serbuk lada hitam ajishio/serbuk lada putih
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Oregano kering/Parsley kering

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*) untuk pekatkan kuah nanti.
  2. Panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang. Masak seketika.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar/ susu serbuk dan sos carbonara.
  5. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
  6. Masukkan cheese.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley.
  9. Biarkan sejuk seketika sebelum balut dengan kulit popia.
  10. Goreng sehingga keemasan.
  11. Selamat mencuba!
tags: |