Cucur manis sticks. Ia diperbuat daripada gandum. Ianya sama sahaja dengan cucur manis biasa. Tetapi apa yang membezakannya adalah bentuk dan kerangupannya. Cucur manis dalam bentuk stick ini lebih rangup dan lembut berbanding yang biasanya. Nak menyediakannya juga cukup mudah. Bahan yang digunakan juga adalah bahan yang mudah kita dapati di kedai.
Cara Buat Cucur Manis Stick Yang Mudah, Memang Sedap Makan Panas-Panas! Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
- Didihkan air, gula, minyak dan garam.
- Masukkan panas-panas ke dalam tepung dan gaul sebati.
- Biarkan sejuk sekejap, kemudian bentukkan doh.
- Goreng api sederhana.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Yus Sue