Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Cumi Asin Cabe Hijau

Indonesian Cuisine: Resepi Cumi Asin Cabe Hijau

Kategori: ,,

Harini kami bawakan lagi  resepi daripada indonesia. Resepi ini boleh dijadikan sebagai hidangan tengah hari bagi keluarga anda untuk menjamu selera. Bagi anda yang menggemari sotong jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi cumi asin cabe hijau ini. Boleh jatuh hati :p

Bahan – bahan cumi asin cabe hijau :

  • 1/4 kg cumi asin rendam air panas kemudian potong – potong dan cuci bersih
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • Cabe hijau besar dan rawit sesuai selera
  • 3 buah tomat hijau
  • Daun salam, daun jeruk dan lengkuas
  • Garam, kaldu bubuk dan gula jawa
  • Kecap manis secukupnya

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga warna kekuningan
  2. Masukkan cabe dan kacau rata
  3. Masukkan lengkuas, daun salam dan daun jeruk
  4. Masukkan gula jawa dan kacau rata
  5. Masukkan petai(ikut selera)
  6. Masukkan sotong yang telah dibersih dan dipotong kecil(ikut selera masing2)
  7.  Tumis sebentar sehingga sebati semua bahan dan masukkan air secukupnya
  8. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan garam serta kaldu bubuk
  9. Masukan tomato hijau setelah sotong masak dan air berkurang
  10. Tambahkan sedikit kicap manis untuk menaikkan warna masakan
  11. Tunggu sehingga air berkurang dan hidangan anda siap dihidangkan

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

tags: | | |