Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Paling Simple Dan Sedap, Ini Dia Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!

Resepi Daging Paling Simple Dan Sedap, Ini Dia Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!

Kategori: ,
resepi daging goreng cili api

Daging goreng cili api campur kacang panjang ini memang amat menyelerakan. Siapa pernah makan? Bila daging goreng tu rasanya menyatu dengan kacang panjang yang rangup, memang tak terkata kenikmatannya. Walaupun ia adalah masakan yang sangat simple tapi rasanya sangat luar biasa.

Nak menyediakan daging goreng cili api campur kacang panjang ini juga sangat mudah. Campak-campak je dah siap. Nak cuba buat tak ni? Kalau nak jom ikuti resepi di bawah ini.

Cara Mudah Buat Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!

BAHAN-BAHAN:

  • Daging batang pinang | dihiris nipis dan digaul bersama serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng lalu ketepikan (jangan goreng terlalu lama nanti keras tak sedap)

Bahan Kisar A:

  • Cili api 15-20 ulas
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • 1 biji bawang besar

Bahan B:

  • 2 inci halia | dihiris
  • 1 sdb kicap pekat manis
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos tomato
  • 6-8 sdb sos cili
  • Garam
  • Gula

Bahan C:

  • Daging yang telah digoreng

Bahan D

  • Cili besar merah dan hijau | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • Kacang panjang

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bahan A hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan B, masak sambalnya hingga agak pekat dan naik minyak.
  3. Kemudian masukkan daging dan kacau sebati agar bersalut bersama sambal.
  4. Akhir sekali masukkan bahan D.
  5. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Mudah sahaja kan nak buat daging goreng cili api campur kacang panjang ini? Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah sedap sangat. Tak payah lauk lain dah. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita masak sekarang!

Kredit: Ziera Xiera

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Dendeng Daging Yang Menjadi Dan Sedap, Suaminya Suka Sangat Makan, Habis Nasi Setengah Periuk! Sedap Sangat Tu

tags: | |