Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Goreng Kunyit, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah-Tambah!

Resepi Daging Goreng Kunyit, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah-Tambah!

Kategori: ,
Daging Goreng Kunyit

Resepi daging goreng kunyit, resepi yang mudah untuk dimakan seisi keluarga. Memang sedap sangat lagi-lagi makan dengan nasi panas, memang confirm menambah! Jom cuba.

Resepi Daging Goreng Kunyit Mudah

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • Lobak merah – dipotong panjang²
  • 1/2 biji bawang besar holland – dihiris
  • Kacang buncis
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Bahan perapan:

  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam

Cara-cara:

  1. Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .

    Jika guna daging yang pejal bukan batang pinang, rebus sehingga lembut. Untuk daging batang pinang tidak perlu direbus, sebabnya daging tu dah lembut.

    Bahan perapan ditumbuk halus.

    Gaul daging dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.

  2. Goreng daging di dalam minyak sehingga sedikit garing. Goreng seketika sahaja ye. Nampak bahagian luarnya sedikit garing angkat. Kalau lama² daging jadi keras kang tercabut gigi gigit nanti.
  3. Ambil sedikit minyak gorengan daging tadi, tumiskan bawang seketika.
  4. Masukkan lobak merah dan kacang buncis.

  5. Masukkan daging dan cili merah. Perasakan garam & gula. Kalau korang suka nak letak serbuk perasa, boleh aje diletaknye. Siap.

    Angkat dan bolehlah dihidangkan.

    Silakan makan.

  6. Selamat mencuba!

Kredit: Khadijah Jaafar

tags: