Daging masak hitam ini biasanya selalu kita makan di kenduri. Memang sedap sungguh, rasanya yang manis berempah dan pedas boleh buat jadi teringat-ingat! Rupanya tak susah mana jika nak cuba masak sendiri di rumah, lihat resepi lengkap daging masak hitam ala kenduri di bawah.
Cara Masak Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Tak Letak Garam Gula Pun Dah Sedap!
Bahan-bahan:
- 2 kg daging
- Kicap manis dan kicap pekat
- 20 tangkai cili kering (kisar)
- 2 biji bawang besar
- 10 ulas bawang putih
- 5-6 hiris halia
- 2 batang serai
- 5 biji buah keras
- 1 genggam kismim
- 1 sk jintan manis
- 1 sk lada hitam
Cara-cara:
- Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering.
- Perap selama 2 ke 3 jam.
- Kisar bahan-bahan ini.
- Bekas biru, hasil kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Bekas pink, hasil kisar kismis, kuah keras, jintan manis dan lada hitam.
- Tumis 4 sekawan. Kemudian masukkan bawang kisar.
- Bila bawang dah garing, masukkan bahan rempah kisar pula.
- Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Guna api perlahan, jangan letakkan air sebab air daging akan keluar nanti.
- Masak sampai kering seperti di bawah dalam 3 jam guna api perlahan. Tak perlu tambah gula dan garam, jika suka manis boleh letak 2 sudu garam.
- Panas panas lagi sedap. Boleh letak bekas kecil-kecil, simpan dalam peti ais. Nak makan, panaskan sahaja.
- Selamat mencuba!
Kredit: Rusfaniza Abu Yazid