Hello semua ! Kita ada beberapa beberapa hari lagi sebelum berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakkan dan ini bermakna masih ada banyak masa lagi untuk mencuba resipi baru. Beberapa hari yang lepas, kami ada kongsikan Resepi Dalgona Coffee dan anda semua sudah mencubanya kan? Kali ini, kami nak kongsikan anda beberapa resepi baru untuk buat Dalgona.
Resipi Dalgona Perisa Lain Anda Boleh Cuba Di Rumah, Termasuk Milo Dalgona & Matcha Dalgona
Sesiapa sahaja boleh membuat Dalgona Coffee hanya dengan tiga cara mudah dan itulah sebabnya resipi ini menjadi viral di TikTok. Bukan sahaja rasanya yang super yummy, tetapi ia amat mudah dibuat dan anda hanya memerlukan tiga ramuan! Bagi anda yang alahan kepada minuman berkafein seperti nescafe. Jangan pernah cuba. Resepi di bawah ini kami bawakan khas untuk yang bukan penggemar kopi.
1. Dalgona Milo
BAHAN-BAHAN :
- 2 Sudu besar Milo
- 2 Sudu besar gula
- 2 Sudu besar air panas
- Hujung sudu ovelatte
- 1 Cawan susu
CARA-CARANYA:
- Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
- Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
- Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas.
2. Dalgona Matcha
BAHAN-BAHAN :
- 1 Sudu serbuk Matcha
- 1/4 cawan gula
- 1/4 Air panas
- 1 biji putih telur
- 1 Cawan susu
CARA-CARANYA:
- Asingkan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk yang kecil. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
- Di atas dapur campurkan gula dan air. Biarkan gula mencair. Jangan kacau.
- Apabila gula sudah mencair. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk putih telur tadi. Pukul campuran sehingga kembang dan berbuih.
- Tambahkan serbuk matcha dan pukul campuran sehingga sebati.
- Tuangkan susu ke dalam gelas, masukkan ais dan tuangkan campuran matcha yang telah kembang tadi kat atas. Siap untuk diminum!
3. Dalgona Teh Susu
BAHAN-BAHAN :
- 2 Sudu besar teh susu thai
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu air panas
- 1 Cawan susu
CARA-CARANYA:
- Campurkan serbuk teh susu thai, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
- Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
- Dan kemudian letakkan campuran teh tadi di atas.
Cubalah Sekarang Kepelbagaian Resepi Dalgona Ini
Kami faham, keadaan sekarang yang tidak boleh bergerak ke mana-mana sedikit membosankan. Tetapi semua yang anda perlukan untuk membuat resepi ini sudah ada didapur anda kan? Jadi selamat mencuba ye!
Sumber rujukan : KL Foodie