Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Donut Ayam Lain Dari Yang Lain, Biasa Makan Kuih Donut Je Kan? Hidangan Yang Wajib Dicuba!

Resepi Donut Ayam Lain Dari Yang Lain, Biasa Makan Kuih Donut Je Kan? Hidangan Yang Wajib Dicuba!

Kategori: ,,
donut ayam

Biasanya, kita selalu dengar orang makan kuih donut je kan? Korang pernah dengar tak orang buat dan sediakan donut ayam. Iya betul, donut ni diperbuat daripada isi ayam. Senang sangat nak buat.

Sesiapa yang nak cuba hidangan yang lain dari lain tu bolehlah cuba tau. Boleh ikuti resepi yang disediakan oleh Kyra Amira ini. Siap sekali dengan sos tau! Jom buat donut ayam ni bersama.

Resepi Donut Ayam Lain Dari Yang Lain, Biasa Makan Kuih Donut Je Kan? Hidangan Yang Wajib Dicuba!

donut ayam

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul dada ayam
  • 3 biji ubi kentang rebus
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • daun sup
  • 5 sudu besar serbuk roti
  • maggi cukup rasa
  • sedikit gula
  • piping bag

Cara Penyediaan:

  1. Cincang dada ayam dalam bentuk kecil-kecil.
  2. Blend sekali semua bahan di atas sampai hancur.
  3. Bila tekstur blend sudah hancur, letak dalam piping bag.
  4. Buat bulat-bulat macam donut.
  5. Masukkan dalam freezer selama 1 jam biarkan dia keras.
  6. Sementara menunggu, kita boleh buat sos donut ayam tersebut.
  7. Selepas dibekukan selama 1 jam, kita bedakkan dengan tepung jagung dan celupkan dalam telur lepastu kita bedakkan pula dengan serbuk roti. Lepastu dah boleh goreng sampai dia dah tukar warna perang dan dah boleh angkat!

Bahan-Bahan (Sos Donut Ayam):

  • 2 sudu besar butter
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar garlic powder
  • 5 keping cheese cheedar
  • pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, masukkan butter, susu segar, garlic powder, mayonis  dan kacau-kacau bagi dia mendidih baru masukkan cheese cheedar dan sedikit pewarna.
  2. Dan campurkan semua. Bila kuah dah pekat likat, boleh tutup api.

donut ayam donut ayam

@kyraamiraa #MYFoodie #FoodReview #fyp #fypシ #EasyRecipe #mekmiramasak ♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

Lepas siap semuanya! Donut ayam is done. Bolehlah sediakan untuk orang yang tersayang. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Kyra Amira

Baca juga: Nak Buat Cocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

tags: | |