Kadang-kadang bosan juga apabila asyik makan makanan berat sahaja selalu. Tapi, tak tahu nak masak makanan apa tetapi mampu buat berasa kenyang.
Cuba anda buat kuih Donut Ball Dua Bahan ini, mudah sahaja dan anda dapat celup menggunakan inti yang anda gemari.
Bulat Bulat Comel Je Kuih Ni, Ini Resepi Donut Ball Dua Bahan Boleh Dicelup Guna Inti Yang Anda Suka!
Resepi Donut Ball Dua Bahan ini dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah lalu dikongsikan semula oleh Facebook Page Diari Resepi Bonda.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Bluekey)
- 330 gm yogurt biasa (110 gm x 3 bekas)
Bahan-Bahan Hiasan:
- Gula kastor
- Manik warna – optional
- 200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*
- 1 sudu besar butter*
(bahan-bahan bertanda * cairkan di atas api)
Cara Penyediaannya:
- Satukan tepung dan yogurt, kacau sehingga sebati.
- Tak perlu perap dan tunggu kembang.
- Masukkan adunan terus ke dalam piping bag.
- Gunting hujungnya sebesar syiling 50 sen.
- Panaskan minyak dan picit adunan ke dalam minyak panas dan gunting sebesar syiling 50 sen.
- Goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana.
- Angkat dan toskan, biarkan suam.
- Gaul separuh donut dengan gula kastor dan separuh lagi salut dengan coklat dan tabur manik warna.
Mudahkan resepi Donut Ball Dua Bahan ini, tak perlu gunakan yis, tak perlu perap dan tak perlu tunggu ianya kembang. Terus anda boleh sahaja goreng!
Selamat Mencuba!
Kredit: Nor Al Fatihah T-hah
Baca Juga: Ini Dia Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh, Sedap Sangat Dan Memang Lain Dari Yang Lain