Jika dahulu Donut Coklat atau Donut Pandan yang menjadi trend namun lain pula dengan sekarang. Donut Red Velvet mula dicuba oleh para ibu atau orang ramai. Donut Red Velvet ini berwarna agak kemerahan, seperti Kek Red Velvet.
Pasti penggemar kuih donut teringin nak buat Donut Red Velvet ini kan? Jadi jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Siti Hadirah ini.
Resepi Donut Red Velvet Yang Mudah & Gebu!
Bahan-bahan:
- 11g yis
- 2 sdb gula
- 180 ml air suam
* Campur sekali, biarkan kembang dan berbuih
- 2 1/2 cawan tepung high protien/tepung gandum
- 1 biji telur
- 3 sdb susu tepung
- 1 sdb pelembut roti
- 2 sdb marjerin
- 1 sdb susu pekat (optional)
- Secubit garam
Cara Penyediaan:
- Masukkan dulu 2 cawan tepung. Gaul sehingga menjadi serbuk roti.
- Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
- Uli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan. Kalau adunan masih lagi lembik masukkan tepung yang lebih tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.
- Uli lebih kurang 15 hingga 20 minit. Sampai doh jadi licin dan elastik.
- Biarkan doh naik dua kali ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.
- Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk. Nak guna tangan pun boleh, guna acuan pun boleh.
- Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. Kemudian bolehlah goreng.
- Apabila dah siap goreng, gaulkan dengan gula halus.
- Siap untuk dimakan.
Mudah sahaja kan nak buat Donut Red Velvet ni. Sesiapa sahaja boleh buat ni. Lelaki bujang pun boleh. Sekali buat memang puas hati punya. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita pergi beli barang sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Hadirah Via BIKMM
Baca juga: Ini Dia Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh, Sedap Sangat Dan Memang Lain Dari Yang Lain