Sedapnya resepi Dumpling Homemade perkongsian daripada Mama Shida ni. Sama seperti dumpling yang dijual di kedai. Rupanya menu ini boleh dihasilkan sendiri di rumah sebab caranya sangat mudah. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas sahaja. Lepas ini boleh lah cuba ya. Sesuai untuk makan petang dan juga makan malam.
RESEPI DUMPLING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 1 keping dada ayam – kisar
- 1 cawan isi udang – kisar
- Sedikit daun bawang – hiris
- Sedikit daun ketumbar – hiris
- Sedikit lobak merah – cincang halus
- 3 biji cendawan shitake – cincang halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar lada sulah
- 2-3 sudu besar tepung ubi
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan ayam kisar, udang kisar, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah dan cendawan shitake ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan.Gaul lagi hingga sebati.
- Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan tepung ubi dengan serbuk lada sulah. Gaul sebati.

- Ambil sekeping kulit dumpling, isi inti di tengah.

- Sapukan bancuhan tepung ubi di sekeliling kulit dumpling dan lipat dua (seperti lipatan karipap). Tekan-tekan dan kemaskan.
- Cantumkan kedua-dua bahagian hujung dumpling supaya membentuk bulat seperti dalam gambar.

- Panaskan pengukus dan kukus dumpling selama 10 minit. Kemudian, angkat dan sedia untuk dinikmati.
- Jika suka rangup, dumpling yang telah dikukus tadi, boleh digoreng bersama minyak sehingga garing. Kemudian,nikmati bersama sos kegemaran.

Selamat mecuba!