Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Famous Amos Cookies

Resepi Famous Amos Cookies

Kategori: ,

Saya akan kongsikan resepi Famous Amos Cookies.

Bahan-bahan yang digunakan sangat murah dan mudah untuk didapati.

Sesuai untuk mereka yang nak belajar untuk membuat biskut. Boleh cuba buat untuk family, confirm mereka suka. Hehehe.

Resepi ini akan dapat lebih kurang 100 biji.

Bahan A:

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar susu/susu tepung
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut/badam/biji matahari
  • 1/2 cawan coklat chip

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian pecahkan sebiji telur ke dalam bahan A dan putar menggunakan pemutar sehingga sebati.
  3. Ayak kan semua bahan B kecuali walnut/badam/biji matahari dan coklat chip.
  4. Masukkan bahan B yang telah di ayak sedikit demi sedikit ke dalam bahan A. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan walnut/badam/biji matahari dan coklat chip. Kemudian gaulkan sehingga sebati.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
  7. Scoopkan doh dan susunkan di atas loyang pembakar. (tak perlu sapu mentega pada loyang).
  8. Jarakkan setiap doh itu dan jangan scoop terlalu banyak kerana doh akan mengembang sekali ganda selepas siap di bakar.
  9. Bakar doh pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
  10. Selepas siap dibakar, sejukkan seketika dan sedia untuk disusun dalam balang.
  11. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

tags: |