Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake TANPA Bakar Dan Tanpa Gelatin. Sedap Sangat!

Resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake TANPA Bakar Dan Tanpa Gelatin. Sedap Sangat!

Kategori:
ferrero rocher cheesecake

Kek yang tampak mahal dan elegen ini adalah Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake. Memang nampak mewah kan? Yela guna ferrero rocher kot. Memang sangat-sangat sedap. Boleh cuba buat dekat rumah. Mudah je sebab tak perlu bakar pun. Tapi perlu lebih berhati-hati sikit supaya Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake ini nampak kemas dan mahal. Tak menyesal pun kalau buat kek ini. Cuba ye.

BAHAN-BAHAN: (Saiz 6 inci)

Bahan Base:

  • 80 gram digestive biscuits
  • 4 atau 3 ketul ferrero rocher
  • 40 gram butter yang di cairkan

Bahan Chocolate Cheesecake :

  • 500 gram cream cheese
  • 250 milk chocolate
  • 220 dairy whipping cream
  • 4 ferrero rocher yang sudah dihancurkan kecil-kecil
  • 2 sd makan serbuk koko (Kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa. Tujuannya adalah untuk bagi warna cantik terang sikit pada lapisan ni dan untuk seimbangkan rasa manis. Sebab milk chocolate ni coklat yang manis sikit)
  • 1 sdk susu pekat manis
  • 2 sd makan gula icing (nak manis lagi boleh tambah lagi)
  • 1 sdk esen vanilla

Bahan Coklat Ganache Teknik Dripping:

  • 140 dark coklat
  • 90 whipping cream dairy
  • 1 sdk butter

CARA PENYEDIAAN:

Untuk Base:

  1. Hancurkan digestive biscuits bersama dengan ferrero rocher.
  2. Kemudian masukkan butter dan gaul sebati.
  3. Mampatkan dalam loyang 6 inci.

Untuk Chocolate Cheesecake:

  1. Masukkan cream cheese yang dah dibiarkan pada suhu bilik. Pukul sekejap dalam 2 minit kemudian masukkan milk chocolate yang sudah di cairkan awal-awal.
  2. Masukkan serbuk koko (optional, tak nak masukkan pun tak mengapa), masukkan susu pekat manis dan juga gula icing.
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pukul sebati semua bahan-bahan tersebut.
  4. Ketepikan dan pukul whipping cream sejuk-sejuk sehingga kental.
  5. Satukan cheese tadi dan whipped cream dengan menggunakan spatula.
  6. Gaulkan lebih kurang 30 saat dan masukkan ferrero richer yang dihancurkan tadi.
  7. Kaupkan balik sampai sebati dan takde putih-putih whipping cream.
  8. Dah sebati masukkan dalam loyang atas lapisan base tadi.
  9. Masukkan dalam peti selama 3 jam.

Untuk Chocolate Ganache Teknik Dripping:

  1. Cairkan dark coklat dan whipping cream dairy + butter secara double boiler.
  2. Bila dah cair dan berkilat (tak berketul). Ketepikan dan biarkan dalam 15 minit. Gaulkan lagi coklat ini supaya tak berketul. Apabila dah smooth masukkan dalam piping bag.
  3. Keluatkan kek dari peti ais. Tanggalkan dari loyang. Kemaskan sikit pakai spatula supaya licin elok je cheesecake tu sebelum buat dripping ganache.
  4. Dripkan dulu tepi-tepi tu. Driptu perlu belakang sedikit dari hujung-hujung kek supaya drip tu jatuh dengan cantik.
  5. Apabila dah siap drip atas tu pakai piping juga untuk penuhkan ganache ye. Buat dengan hati-hati.
  6. Masukkan dalam peti selama 1 jam.
  7. Setelah 1 jam siap untuk dimakan.

Nota:

  • Pakai loyang spring form atau loose. Jangan alas baking paper nanti kek jadi tak cantik.
  • Smoothkan tepi-tepi cheesecake pakai spatula atau apa-apa alat yang boleh smoothkan cheese tu. Supaya nanti bila tuang ganache cantik je bentuk kek tu.
  • Bekas sq450 dapat 4 bekas. Harga perlu letak 20 ringgit ke atas sebabnya semua orang tahu Ferrero ini mahal ye.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Muhammad Ali Via MAHN

 

tags: | |