Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Sedapnya Fettuccine Sayang, Tak Muak” Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Fettuccine Carbonara Mushroom’ Yang Di Puji Suaminya

“Sedapnya Fettuccine Sayang, Tak Muak” Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Fettuccine Carbonara Mushroom’ Yang Di Puji Suaminya

Kategori:
Resepi Fettuccine Carbonara Mushroom

Mesti ramai kan yang tak pernah cuba masak fettuccine ni disebabkan saiznya  yang lebar berbanding dengan spagetti biasa tu. Tapi anda perlu cuba masak fettuccine ni confirm ketagih nak makan lagi dan lagi. Apa yang anda boleh masak dengan fettuccine ini adalah Fettuccine Carbonara Mushroom, rasanya sangat sedap dan tak muak. Kalau hidangkan untuk suami dan anak-anak pasti dipuji berkali-kali.

“Sedapnya Fettuccine Sayang, Tak Muak” Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Fettuccine Carbonara Mushroom’ Yang Di Puji Suaminya

BAHAN-BAHAN:

  • Fettucinne
  • Sos blackpepper
  • Sos tiram
  • Daun parsley
  • Sosej
  • Udang
  • Minyak zaitun
  • Bawang putih
  • Isi ayam/daging kisar Ramly
  • Sos prego keju
  • Cendawan shitake
  • Lada hitam kisar
  • Herbs campur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Grill terlebih dahulu udang yang dibuang kulit dan sosej yang diperap dengan:
    -1 sudu besar sos blackpepper
    -1/3 sudu kecil sos tiram
    -Secubit daun parsley
  2. Selepas masak, ketepikan.
  3. Kemudian, tuang dua sudu besar minyak zaitun. Tumis 2 ulas bawang putih yang diracik sehingga naik bau. Masukkan isi ayam @ daging kisar Ramly jika suka.
  4. Kemudian masukkan 1 tin sos Prego Keju & Herba pilihan cikgu Afy. Gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong setin.
  5. Selepas kuah mula memekat, masukkan 4 genggam fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil 4 biji cendawan dalam tin atau cendawan shitake. Masukkan sekali.
  6. Kemudian masukkan 3 cubit lada hitam kisar beserta 1/2 sudu kecil garam bukit.
  7. Juga 1/2 sudu besar herbs campur.
  8. Boleh beli dekat kedai bakery ye.
  9. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.
  10. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.
  11. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda

tags: