Hai, tak tahu nak masak apa harini? Disini, kami ada kongsikan resepi atau cara-cara memasak Fillet Ikan Goreng Tepung. Resepi ini amatlah ringkas dan sangat enak jika dimakan bersama keluarga. Jom kita cuba.

 

Bahan-bahan

  • 1 keping fillet ikan dory/suutchi (dipotong kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk
  • secubit serbuk kunyit
  • garam (secukup rasa)
  • serbuk lada putih (secukup rasa)
  • 1 cawan tepung jagung

 

Cara-cara memasak :

  1. Satukan tepung gandum, air sejuk,serbuk kunyit,garam dan serbuk lada putih . Kacau sehingga sebati
  2. Salut ikan dory dengan tepung jagung, campuran tepung dan tepung jagung sekali lagi
  3. Goreng sehingga kuning keemasan

Dah siap!

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)