Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Fudgy Brownies Yang Wajib Dicuba, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi!

Resepi Fudgy Brownies Yang Wajib Dicuba, Sekali ‘Ngap’ Pasti Nak Lagi!

Kategori:
Fudgy Brownies

Pernah tak setiap kali beli brownies dengan penjual yang berbeza, tekstur dan rasa brownies tidak sama? Rupanya, setiap brownies ada jenis-jenis yang berbeza. Patutlah rasa dan tekstur tidak sama dengan yang di beli sebelum itu. Buat yang masih belum tahu, brownies mempunyai dua jenis iaitu Fudgy Brownies dan Cakey Brownies.

Ramai yang memilih Fudgy Brownies sebagai kegemaran mereka. Nak tahu bagaimana rasa Fudgy Brownies? Jom cuba resepi di bawah.

Resepi Fudgy Brownies

Bahan A:

  • 1/2 cwn Gandum
  • 1/4 cwn Serbuk Koko
  • Secubit Garam

Cara-cara:

Bahan di atas diayak terlebih dahulu. Ketepikan.

Bahan B:

  • 1/2 cwn Marjerin
  • 1 cwn Gula Pasir
  • 1 cwn Coklat Gelap Berryls

Cara-cara:

  1. Cairkan marjerin di atas api perlahan kemudian masukkan Gula dan kacau selama 1 minit.
  2. Matikan api dan masukkan Coklat Berryls .Biarkan selama 1 minit kemudian kacau hingga kesemua coklat cair. Ketepikan.

Bahan C:

  • 2 biji Telor A
  • 1 sdt Esen Vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul telor dan esen vanilla hingga sebati kuning & putihnya.
  2. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan di Bahagian B & gaul sebati.
  3. Akhir sekali kaup-balikkan bahan ayak dari Bahagian A ke dalam adunan coklat hingga sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang petak berukuran 7″ ×7 ” yang sudah dilapik baking paper. Bakar selama 40 minit pada suhu antara 165C-170C.
  5. Selamat mencuba!

Kredit: Asma Mohamed

 

tags: |