Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Tarik Minat Anak Makan Sayur? Buat Garden Salad Macam Ini ‘Confirm’ Licin!

Nak Tarik Minat Anak Makan Sayur? Buat Garden Salad Macam Ini ‘Confirm’ Licin!

Kategori:
garden salad

Pasti ramai ibu bapa yang susah hati bila anak-anak tidak menggemar memakan sayur. Jangan risau, kalian boleh cuba membuat Garden Salad seperti yang dikongsikan di bawah. Bukan setakat mampu menarik minat anak-anak, kalau anda mahu menurunkan berat barat juga sangat baik jika diamalkan. Ikuti 3 resepi Garden Salad yang boleh dicuba di rumah.

1. Resepi Chicken Nuggets Garden Salad

Bahan-bahan:

  • Butterhead, green leaf dan red leaf salad (jenis salad)
  • Tomato cherry (dibelah dua)
  • 2 biji telur
  • Chicken nuggets

Salad dressing:

  • Kewpie Roasted Sesame salad dressing
  • Mayonese
  • Extra virgin olive oil (optional)

Cara-cara:

  1. Rebuskan telur dalam periuk selama 10minit. Lalukan bawah air paip untuk matikan suhu. Setelah sejuk, belah 4 bahagian.
  2. Goreng nugget ayam kemudian potong kecil.
  3. Susun semua bahan dalam mangkuk, tuangkan salad dressing atasnya. Siap.

2. Resepi Popcorn Chicken Salad

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada (potong dadu)
  • Salad
  • Bawang besar (hiris)
  • Tomato cherry (belah dua)
  • Lobak merah (sagat)
  • Kobis purple (hiris)
  • Tepung serbaguna Bestari

Salad dressing:

  • Kewpie roasted sesame salad dressing
  • Mayonese
  • Extra virgin olive oil (optional)

Cara-cara:

  1. Satukan ayam dalam tepung serbaguna bestari, tambahkan sedikit air. Jangan terlalu cair jgn terlalu pekat. Perap sebentar.
  2. Sediakan tepung bestari yang kering dalam mangkuk lain.
  3. Salutkan ayam tadi dengan tepung kering kemudian goreng hingga masak.
  4. Susunkan semua bahan dalam mangkuk, tuang salad dressing atasnya. Siap.

3. Soft Boiled Eggs Garden Salad

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Ayam popcorn jenama Ayamas
  • Timun (hiris)
  • Tomato cherry (belah dua)
  • Serbuk lada hitam

Salad dressing:

  • Kewpie Roasted Sesame salad dressing
  • Mayonese
  • Extra virgin olive oil

Cara-cara:

  1. Rebuskan telur dalam periuk selama 6-8minit. Lalukan bawah air paip untuk matikan suhu. Bila dah sejuk, belah dua bahagian.
  2. Goreng ayam popcorn.
  3. Susun semua bahan dalam mangkuk, tuangkan salad dressing kemudian taburkan serbuk lada hitam. Siap.

Nota:

Dalam banyak-banyak daun salad, jenis butterhead antara yang paling sedap, rangup dan berlemak. Ikut selera masing-masing nak guna salad jenis apa. Kalau nak senang beli je yg dah siap pek kt groceries bahagian cold storage.

Pasti ramai ibu bapa yang susah hati bila anak-anak tidak menggemar memakan sayur. Jangan risau, kalian boleh cuba membuat Garden Salad seperti yang dikongsikan di bawah.

Kewpie Dressing Roasted Sesame. Rasa dia sedap tau. Nak guna thousand island pun boleh.

Kredit: Suzana Othman

tags: |