Hidangan Garlic Bread Grilled Cheese ini memang sesuai untuk dijadikan snek yang sangat lazat. Resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang anda sudah ada di pantri dan hanya menggunakan roti biasa.
Apa yang menarik tentang resepi ini ialah roti ini dibakar sehingga garing dan menaikkan aroma bawang putih. Manakala tambahan keju mozarela di antara dua roti pula membuatkan sandwic ini lembut sekali.
Resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai roti dan keju. Manakala penambahan daun parsley pula menaikkan lagi rasa roti ini dari biasa-biasa ke luar biasa. Ibarat menjamu selera di kafe!
Jangan lupa untuk tarik cheese sepanjang mungkin!
Selamat Mencuba!
Baca juga: Jom Buat Red Velvet Cheese Leleh Kedai Eco Ni, Dijamin Sedap Dan Menjadi. Jimat Pulak Tu!