Kalau ke restoran Cina Muslim, wajib order daging halia (ginger beef) ni. Tapi, harganya boleh tahan juga untuk satu hidangan kecil. Jadi apa kata jom cuba masak sendiri di rumah. Baru boleh makan puas-puas, yang penting lagi jimat! Jom ikuti perkongsian langkah demi langkah oleh Wan Luqman di bawah.
1. Potong daging, buat segi empat tepat dahulu. Kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan mengikut kuantiti daging.
3. Sediakan pula bahan untuk kuah. Buat satu mangkuk bancuhan tepung jagung, dan satu lagi air bancuhan sos tiram (1 1/2 sb sos tiram + 6sb air). Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.
4. Cara menggoreng pula, biarkan kuali panas berasap baru masukkan letak. Kemudan alihkan minyak tinggalkan sedikit sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat pada kuali. Menu ini daging perlu lembut dan moist.
5. Masukkan daging dan goreng. Masukkan daging satu per satu supaya tak melekat. Kacau, tak perlu goreng lama jangan sampai garing.
6. Angkat dan ketepikan.
7. Kemudian, masukkan bawang, halia dan daun bawang.
8. Kemudian masukkan kembali daging.
9. Mauskkan air bancuhan sos tiram tadi dan secubit lada hitam.
Kalau kuah tak pekat, masukkan campuran tepung jagung. Kalau kepekatan dah okay, tak perlu.
10. Masukkan lagi daun bawang.
11. Gaul sekejap dengan menggunakan api kuat.
Siap untuk dihidang!
Kredit: Wan LuQman