Jom cuba buat grill chicken ala burger gcb di McDonald’s. Buat sendiri lagi jimat dan puas hati. Boleh dimakan dengan roti burger atau dengan nasi, cukup menyelerakan. Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh SuiSan Aliezsha di bawah.
Ini Cara Buat Ayam Grill Chicken Rasa Macam GCB McD, 3 Kali Buat Dah Memang Sedap Sampai Menjilat Jari! Korang Kena Cuba
Bahan-bahan:
- Peha ayam (buang tulang atau beli yang dah siap untuk chicken chop)
- Bawang putih*
- 1 biji tomato*
- Sos cili, Sos BBQ & Sos tiram (ayam)*
- Lada hitam
- Madu
- Gula*
- Garam*
- Buttercup & planta
Cara-cara:
- Basuh bersih ayam dan toskan. Ketepikan.
- Untuk sos, masukkan sedikit air dan kisar semua bahan bertanda (*). Untuk lada hitam, kisar halus.
- Masakkan butter dan planta kemudian masukkan semua bahan kisar tadi.
- Kacau sehingga kuah jadi pekat, pastikan gula madu semua terasa cukup. Sejukkan.
- Kemudian perap bersama ayam dalam beberapa minit. Perap lagi lama lagi sedap.
- Bakar dalam oven pada suhu 200°C guna api atas bawah selama 60 minit mengikut oven masing-masing.
- Kemudian keluarkan ayam tersebut dan grill di atas kuali menggunakan api dapur dalam beberapa minit sahaja.
- Siap!
Selamat mencuba dan menikmati!
Kredit: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Cara Buat Chicken Grill Juicy ‘Step By Step’, Mudah Sangat. Ini Resepinya…