Anda pernah cuba hati pari? Pasti tak pernah, kan? Selalunya ia digoreng hingga garing dan dimakan bersama nasi putih dan pelbagai lauk-pauk.
Anak muda sekarang mana kurang berminat juga untuk mencubanya. Ini kerana ramai yang tidak tahu cara penyediaannya dengan betul. Kalau nak mahir dan menyediakan Hati Pari Goreng Lada Hitam yang sedap, ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh ايملدا زءابا di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Hati Pari Goreng Lada Hitam, Memang Sedap Makan Bersama Nasi & Sambal
Bahan-bahan
- Hati pari (guna hati pari yang tua jadi isinya lebih kenyal dan tidak mudah pecah)
- Serbuk kunyit
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Halia
- Cili
- Lada hitam
- Minyak masak
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara-caranya
- Bersihkan hati pari seeloknya dan buang bahagian-bahagian yang ada hempedu sebab tidak boleh dimakan.
- Basuh bersih dan lumurkan kunyit dan garam yang secukupnya.
- Panaskan minyak masak dalam kuali sehingga betul-betul panas.
- Masukkan hati pari dan goreng dengan api yang sederhana.
- Agak-agak bila nampak keliling hati garing secukupnya alihkan gorengan. Hati pari ni walaupun lama digoreng isinya tetap lembut.
- Keluarkan minyak gorengan secukupnya, tinggalkan sedikit sahaja.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili dan lada hitam.
- Bila sudah naik bau, masukkan semula hati pari dan gaul sekata.
- Tambahkan garam, gula, serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
- Sedia untuk dinikmati.
Dah siap, senang sahaja untuk menyediakan hati pari goreng lada hitam ini, kan? Lauk makan tengah hari dan malam yang sangat ringkas dan memuaskan selera.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: ايملدا زءابا
Baca Juga: Nak Buat Cocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!