Tentu ramai gadis atau wanita yang mengalami senggugut sama ada senggugut yang teruk atau tidak teruk. Ada yang sampai boleh muntah-muntah dan pengsan tau. Teruk sangat sampai tidak boleh buat apa-apa.
Namun, ia boleh diredakan dan sekaligus boleh melawaskan pengeluaran darah haid dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Sumaiyah Abdullah di Facebook.
Serai
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
Halia
Bersifat antacid, antibacterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
Habbatus Sauda
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Nota: Elakkan minum ais untuk kesan optimum.
Mudah je kan? Hanya perlukan bahan yang ada di dapur. Cara penyediaannya pun tak rumit. Boleh buat sendiri di rumah. Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint tau. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
Semoga bermanfaat!
Kredit foto dan resepi: Sumaiyah Abdullah Via MAHN
Baca Juga: Banyak Khasiat Rose Bud, Amalkan Selalu Untuk Awet Muda Dan Boleh Merawat Pelbagai Penyakit