Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Bawal Masam Manis

Resepi Ikan Bawal Masam Manis

Kategori: ,
resepi ikan bawal masam manis

Ikan Bawal Masin Manis merupakan antara hidangan yang sangat sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan malah rasanya juga sangat luar biasa. Memang tak menyesal punya kalau cuba untuk berbuka, untuk sahur dan lain-lain.

Jadi tunggu apa lagi jom kita siap sedia bahan dan masak sekarang. Memang confirm anak-anak puji, suami juga akan bertambah sayang.

Cara Buat Ikan Bawal Masam Manis

Bahan-bahan:

  • Ikan Bawal 2 ekor ( dicuci bersih )
  • Tomato 2 biji(potong dadu)
  • Carrot ( potong dadu )
  • Timun ( potong dadu )
  • Akar ketumbar 1
  • Daun ketumbar
  • Cili kisar 4-5 sudu besar
  • Daun limau purut 2 helai
  • Serai 1 batang ( potong serong )
  • Bawang putih 3 ulas ( dikatok )
  • Bawang besar 1 biji(dipotong dadu)
  • Cili hijau ( potong serong )
  • Cili merah ( potong serong )
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Sos cili 4 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Gula ( 1 sudu besar )
  • Serbuk perasa ( 1 sudu besar )

Cara Penyediaan :

  1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan .
  3. Kemudian masukkan masukkan cili kisar , masak sehingga pecah minyak ( Perlahankan API supaya cilinya betul2 masak )
  4. Masukkan serai , daun limau purut dan hujung daun ketumbar . Gaulkan.
  5. Masukkan sos cili , sos tiram , sos ikan , gula dan serbuk perasa , Gaulkan .
  6. Masukkan timun , carrot , tomato , bawang merah , cili hijau dan cili merah . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika .
  7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga sebati
  8. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang .

Selamat mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah

Baca juga : Resepi ‘Bawal 3 Rasa’ Yang Menyelerakan, Guna Nenas Fresh Akan Menaikkan Lagi Aroma

tags: | |