Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Kembung Percik

Resepi Ikan Kembung Percik

Kategori: ,

Sebut sahaja mengenai resepi ikan percik, terus terbayang ikan kembung yang diperap dahulu dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan ringkas. Selain dari ikan kembung, terpulang kepada selera anda untuk memasak ikan jenis apa sama ada ikan selar atau ikan keli. Asalkan sesuai dengan citarasa anda. Berikut adalah resepi kali ini untuk membuat Ikan Kembung Percik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 ekor ikan kembung
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • Secubit serbuk perasa
  • Gula secukupnya
  • Santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 batang serai (diketuk)

Bahan-bahan kisar:

  • 5 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit belacan
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu ketumbar

Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan toskan, lumurkan dengan garam dan kunyit. Kemudian bakar ikan sehingga 3/4 masak. Tapi kalau nak sedap kena bakar dengan arang.
  2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan juga air. Kacau rata, masukkan serai. Kemudian, barulah buka api sederhana kecil. Kacau selalu supaya untuk elakkan kuah menjadi berketul-ketul.
  3. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga mendidih dan tutup api. Sedia untuk dilumurkan pada ikan yang bakar tadi.
  4. Cara lumur pada ikan percik, angkat ikan dalam pemanggang tadi, lapis atas bekas dulung atau pinggang barulah dicurahkan dengan senduk kuah percik tadi. Supaya tak membazir.
  5. Bakar 2-3 minit dan ulangi langkah lumur di sebelah bahagian lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
tags: