Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lain Dari Lain, Ini Dia Resepi Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam. Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

Lain Dari Lain, Ini Dia Resepi Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam. Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

Kategori: ,
resepi ikan masak halia bersama lada

Ikan goreng merupakan antara hidangan yang sangat ringkas namun sering menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi penggemar makanan laut dan segala jenis ikan. Kalau tiada ikan dalam setiap hidangan pasti tidak lengkap rasanya.

Namun mesti bosan juga kan hari-hari asyik makan ikan goreng je. Apa kata buat pula Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam ini. Resepi ini merupakan Chinese Style. Rasa dia memang padu. Jom kita lihat perkongsian resepi ini di bawah.

Cara Buat Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam. Luar Biasa Sungguh Rasanya!

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan tenggiri
  • 3 inci halia
  • 5 ulas bawang merah (kecil)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 biji cili merah (besar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Taburkan garam dan kunyit pada ikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah digaul garam kunyit sehingga masak.
  3. Ketepikan dahulu ikan yang digoreng tadi.
  4. Panaskan sedikit minyak dari lebihan goreng ikan tadi. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi atau bertukar sedikit keperangan.
  5. Masukkan 1½ cawan air.
  6. Tambahkan 1 sudu makan sos tiram kacau sebati.
  7. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. Masa ni bau wangi masakan memang terasa.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa mengikut kesukaan yang kau nak.
  9. Masa ni sudah boleh masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau hingga kuah meresap dalam ikan.
  10. Taburkan bawang besar yang telah dipotong kasar. Bawang ini yang tambahkan lagi rasa manis masakan.
  11. Akhir sekali taburkan daun bawang dan cili potong kacau sekilas dua sudah boleh tutup api.
  12. Dah siap ikan Masak Halia bersama Lada Hitam ini dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan serta ulaman.

Mudah sahaja kan nak menyediakan Ikan Masak Halia Bersama Lada Hitam ini? Mudah dan sangat sedap. Jadi tunggu apa lagi, kalau tak tahu nak sediakan menu apa untuk hari ini mungkin boleh mencuba resepi ini. Jangan lupa kongsikan dekat kenalan juga ya!

Selamat mencuba!

Kredit: Mohd Rozmie Via Makmal Makanan

Baca juga: Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!

tags: | |