Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis. Sekali Rasa Memang Puas Hati Sangat!

Resepi Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis. Sekali Rasa Memang Puas Hati Sangat!

Kategori: ,
Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis

Beberapa minggu yang lepas, hangat di media sosial berkenaan dengan isu ikan siakap yang mahal di Langkawi. Ikan siakap ini merupakan ikan air tawar dan air masin. Rasa ikan siakap ini memang sedap. Namun ramai yang mengatakan semakin besar ikan tersebut, semakin tidak enak rasa isinya.

Berkenaan dengan ikan ini, pelbagai masakan yang kita boleh hidangkan. Bukan sahaja masak sweet sour, masak tomyam dan stim malah mungkin ada juga boleh cuba buat Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis ini.

Nak tahu resepi lengkap membuatnya? Jom kita ikuti resepi perkongsian dari Leha Yusuf ini.

Cara Masak Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis Yang Mudah & Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap ( goreng dulu ye)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu cili kisar
  • 3 biji cili padi  – pecahkan je( nak pedas tambah je)
  • 2 helai daun limau
  • 4 sudu cili sos ( boleh tambah kalau nak)
  • 1/2 inchi halia
  • 1/3 batang kayu manis Ceylon
  • 1 biji  bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Memula tu panaskan minyak dulu ye. Masuk kan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis Ceylon dan juga bunga lawang.
  2. Tumis bahan bahan tu hingga wangi. Lepas tu masuk kan terus cili kisar. Masak sampai pecah minyak.
  3. Guna api sederhana je untuk elak kan sambal tak masak. Dah pecah minyak masuk kan sos cili dengan cili padi. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan siakap, kacau bagi sebati dengan sambal. Biar sekejap dalam 30 saat macam tu.
  5. Masuk kan sedikit air, Kak Ya masuk lebih skit tapi tak cair. Masuk kan juga skit garam. Garam nie fungsi nye naik kan rase dan bau masakan.
  6. Siap semua, terus tutup api dan hidang bersama nasi panas.  Sayur jangan lupa tau.

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Siakap Masak Sambal Pedas Manis ini? Sangat sedap dan lain dari yang lain. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita mula memasak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Leha Yusuf Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Siakap Stim ‘Tanpa’ Stim, 2 kali Ganda Lebih Sedap Tau!

tags: |